Mengenai SKIDATA Malaysia

Mengenai SKIDATA Malaysia

Penubuhan SKIDATA Malaysia

SKIDATA telah mula memperkenalkan peralatannya di Malaysia dengan pemasangan pertama di tahun 1999. Ini bermakna SKIDATA telahpun lama menjalankan perniagaan di Malaysia. Pada tahun 2013 keputusan penting telah di buat untuk menubuhkan SKIDATA Malaysia iaitu syarikat anak 100% milik penuh SKIDATA AG. Langkah berikutnya yang telah di ambil ialah melakukan penyelidikan pasaran, kajian keperluan pelanggan, soalselidik dan menggariskan beberapa senario bagi menembusi pasaran.

Syarikat anak yang di tubuhkan menyediakan perkhidmatan yang lengkap; ianya merangkumi keseluruhan proses, bermula dari pemasaran, perundingan, jualan, strategi dan pengurusan projek. Ini temasuk fasa pemasangan dan perlaksanaan dan seterusnya menyediakan kepakaran khidmat pelanggan.

Lokasi

Technology Park Malaysia telah di pilih sebagai lokasi bagi pejabat SKIDATA yang baru. Ianya di pilih berdasarkan kepada infrastruktur yang lengkap, laluan akses yang mudah serta memiliki kemudahan-kemudahan lain yang menjadikannya sebagai lokasi yang menarik. Pejabat SKIDATA akan di lengkapi dengan sistem demo dan latihan yang terkini dan canggih. Ia juga memilki kemudahan pengujian yang lengkap yang dapat memaparkan segala pemasangan yang sedia ada di Malaysia. Di samping itu ianya juga memiliki gudang penyimpanan barang gantian.

Sasaran Kami

Dengan moto syarikat “ Penyelesaian akses oleh kami memberi kekuatan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk memajukan bisnes mereka kehadapan” , SKIDATA Malaysia berharap dapat melakar lembaran baru di dalam pengurusan akses dan tiket yang moden di samping penyediakan sistem akses yang cepat dan selamat bagi orang awam dan kenderaan di Malaysia.

Barisan Tenaga pakar

Barisan anggota pekerja SKIDATA Malaysia terdiri dari mereka-mereka yang telahpun terlibat dengan produk-produk SKIDATA di Malaysia dan juga mereka-mereka yang di bawa dari Kumpulan SKIDATA dari luar negara ke Malaysia. Ini bagi memastikan pelanggan-pelanggan menerima produk yang baik dan mendapat khidmat kemahiran pemasangan pada bila-bila masa.

Kepakaran

Di peringkat permulaan, kami akan memberi tumpuan di dalam meningkatkan hubungan baik dengan pelanggan-pelanggan sediaada dan pada masa yang sama mendapatkan projek pengurusan letak kereta yang baru. Bagi jangkamasa panjang, SKIDATA Malaysia akan menguruskan semua peringkat pelanggan dan aktiviti bisnes SKIDATA AG. Berikutnya kita akan menawarkan sistem akses orang awam yang lancar ke taman-taman hiburan, stadium dan expo perdagangan.